Tuesday, August 7, 2012

Strategi Untuk Meningkatkan Sektor Pelancongan di Negara Kita

Ayat Topik
Salah satu strategi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di negara kita ialah dengan cara menganjurkan termasyah sukan bertaraf antarabangsa.

Ayat Huraian
1. Apabila menganjurkan termasya sukan bertaraf antarabangsa, kita mempunyai peluang untuk mempromosikan negara keseluruh dunia secara langsung.
2. Rakyat negara asing yang datang ke negara kita untuk menyaksikan acara sukan juga akan cedorong untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita.
3. Apabila mereka pulang ke negara masing-masing, mereka akan menveritakan tentang tempat-tempat dan kebudayaan yang menarik serta unik kepada rakan-rakan.
4. Perkara ini akan mendorong lebih ramai pelawat-pelawat dari negara asing berkunjung ke negara kita.

Ayat Contoh
Contohnya, apabila negara kita menganjurkan sukan Komenwel pada tahun 1998 ramai rakyat dari negara asing telah datang untuk menyaksikannya, di kalangan mereka ramai yang mengambil kesempatan untuk melawat tempat menarik seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Ayat Penyimpul
Phenomena ini secara tidak langsung dapat meningkatkan industri pelancongan negara.

Ayat Topic
Salah satu strategi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan ialah mengadakan kempen tahun melawat Malaysia melalui media massa di negara-negara luar.

Ayat Huraian 
1. Apabila pelancong tahu tentang negara Malaysia, melalui media massa, ini akan menarik minat mereka untuk melancong ke negara kita.
2. Pelancong asing akan datang melawat ke negara kita untuk melawat tempat-tempat yang dipromosikan oleh negara dan disamping itu melihat kepelbagaian kebudayaan negara kita.
3. Mereka berasa seronok dan gembira selepas melancong ke negara kita dan ini akan mendorong mereka untuk datang lagi ke negara kita pada masa hadapan.

Ayat Contoh
Sebagai contoh, negara kita telah menganjurkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2007. Ramai rakyat asing telah melawat ke negara kita dan ada yang telah berhijrah ke Malaysia kerana keindahan dan keunikan negara kita. Kempen ini telah meningkatkan jumlah para pendatang asing sebanyak dua puluh peratus dari tahun sebelumnya.

Ayat Penyimpul
Secara langsung kempen yang diiklankan di media massa seperti television di luar negara dapat meningkatkan industri pelancongan negara.