Tuesday, July 31, 2012

Karangan Tentang Perpaduan

Sediakan draf karangan berbentuk rencana yang bertajuk "Perpaduan Bermula Di Sekolah". Sila edit draf yand telah anda sediakan. Berdasarkan draf tersebut, tuliskan karangan yang selengkapnya tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

Perpaduan mesti dipupuk dalam sesebuah negara untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian. Masalah perpaduan bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di negara-negara lain yang maju. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad juga pernah menyuarakan kebimbangannya terhadap generasi muda sekarang yang tidak mengambil berat tentang perpaduan. Oleh itu, perpaduan haruslah bermula di sekolah.

Dalam usaha untuk mencapai kemajuan dan kejayaan, anak-anak perlu didik sebail sahaja melangkah ke alam persekolahan. Pada masa inilah minda anak-anak masih mentah lagi. Kementerian Pendidikan haruslah member penekaan kepada topik perpaduan dalam mata pelajaran Moral untuk diajar disekolah-sekolah kepada murid-murid. Mata pelajaran Sejarah juga mesti ditekan supaya murid-murid dapat memahami keburukan jika sesebuah negara tiada perpaduan seperti peristiwa 16 Mei 1969 yang telah mengakibatkan ramai warga Malaysia terkorban. Semua ini tercetus perpunca daripada masalah perkaiman dan jurang ekonomi yang besar. Nilai nasionalisme yang tinggi lahir apabila negara Malaysia berjuang berterusan untuk mendapatkan kemerdekaan boleh memberi nilai dan pengajaran kepada anak-anak. Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia dan bahasa perantaraan. Hal ini bermakna Bahasa Malaysia harus dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Sekolah-sekolah tidak kira sekolah swasta ataupun sekolah antarabangsa harus menekankan Bahasa Malaysia untuk mengelakkan jurang bahasa apabila dewasa nanti. Seterusnya, pihak sekolah juga boleh menganjurkan pameran tentang perpaduan kaum di Malaysia supaya sentiasa harmoni. Dengan ini, anak-anak dapat sedar bahawa mereka harus mencontohi ibubapa dan datuk nenek mereka.

Guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk perpaduan di sekolah. Guru-guru boleh menempatkan tempat duduk yang menggalakkan murid berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain menggunakan hubungan antara kaum yang mesra. Selain itu, guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan yang boleh memupuk semangat kerjasama seperti aktiviti sukan, perbincangan, lakonan dan sebagainya. Dengan cara ini, murid-murid dapat terdedah dengan rakan yang lain dan memhami tradisi serta kepercayaan agama yang berlainan. Ibubapa serta guru harus memberikan kebebasan kepasa anak-anak untuk bergaul bebas dengan rakan-rakan dan kalangan kaum lain.Adalah sungguh mengecewakan untuk melihat sesetengah ibubapa di dunia ini melarang anak-anak bercampur dengan kaum lain.

Kita harus sedar apa yang sedang berlaku dalam hubungan pelbagai kaum di negara ini. Tanya pada diri sendiri apa aktiviti kemasyarakatan dan persekolahan lebih tertumpu kepada kaum masing-masing sahaja? Orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain lain harus membuka minda untuk menyedari bahawa mementingkan kaum masing-masing secara melampau, akhirnya hanya akan membahayakan negara kita. Untuk mengelakkan masalah ini yang akhirnya akan merosakkan apa yang negara kita telah capai, semua pihak terutamannya pihak sekolah dan ibupada harus berganding bahu untuk mendidik anak-anak serta mewujudkan keharmonian antara satu sama lain. Ingatlah pepatah "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh".