Sunday, September 26, 2010

Gejala Vandalisme

          Vandalisme bermaksud sikap suka merosakkan atau memusnahkan harta benda awam. Gejala vandelisme di negara kita semakin membimbangkan. Antara perbuatan vandelisme yang boleh kita lihat setiap hari adalah menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam. Vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tiada niai etika dan hanya mahu mendapatkan kepuasaan diri sendiri.

          Antara sebab-sebab gejala ini berlaku adalah pengaruh filem yang ditayangkan di televisyen dan pawagam. Remaja terpengaruh dengan aksi yang dilakukan dalam filem yang bertemakan ganas. Selain itu, remaja yang kurang pendidikan moral dan agama juga melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Remaja yang tidak diberikan didikan yand secukupnya pada usia yang muda mudah dipengaruhi oleh gejala vandalisme apabila meningkat ke usia dewasa nanti. Nilai menghargai harta benda juga tidak dapat dipupuk dalam diri mereka.

          Usaha-usaha membanteras gejala vandalisme bermula daripada diri sendiri. Remaja perlulah mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti bersukan dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan remaja daripada masalah. Remaja juga haruslah bijak memilih rakan sebaya yang boleh memberikan kesan positif kepada diri sendiri. Melalui usaha seperti ini remaja dapat elakkan diri daripada perbuatan vandalisme.

          Ibubapa pula memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini dapat menyediakan anak-anak sebelum melangkah ke alam persekolahan. Ibubapa juga perlulah memberi perhatian kepada anak-anak tanpa sikap sebelah. Kasih sayang dan masa yang diluangkan oleh ibubapa dapat menjauhkan anak-anak dalam terlibat dalam gejala negative seperti vandalisme.

          Di sekolah, peraturan-peraturan haruslah dikuatkuasakan dan hukuman yang setimpal harus diberikan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah supaya pelajar tidak akan melakukan vandalisme di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Guru-guru perlu mejadi teladan yang baik and seorang pembimbing kepada anak-anak remaja ini. Guru yang dilihat sebagai pembimbing dapat melahirkan pelajar insan yang bermoral yang dapat membentuk negara pada masa depan nanti.

          Apabila masalah vandalisme dibentung, kerajaan tidak perlu mengeluarkan kos sampingan untuk memperbaiki atau menganttikan harta benda yang rosak akibat gejala vandalisme. Pada masa yang sama, persekitaran yang baik dapat memberikan kesan positif kepada pelancong asing yang melancong ke negara kita. Maka adalah penting jika semua pihak bersama-sama berganding bahu mengatasi masalah vandalisme.

Sunday, September 19, 2010

Karangan Jenis Berita

Anda telah ditugaskan oleh ketua anda, untuk menulis berita tentang kejadian rompakan bank oleh empat orang lelaki. Tulis berita itu selengkapnya.

DAMANSARA JAYA : Sebuah bank yang terletak di Jalan Damansara telah dirompak oleh empat orang lelaki yang bersenjatakan pistol. Kejadian itu berlaku kira-kira jam satu petang semalam apabila beberapa pengawai bank menukar syif.

Seorang pengawai bank yang berada di tempat kejadian berusia dalam empat puluhan yang bernama Encik Wong berkata kejadian rompakan tersebut berlaku dalam masa yang amat singkat, iaitu, kira-kira 10 minit. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak dua puluh ribu Ringgit.

"Dua orang perompak tersebut memasuki bank dengan bertopeng, sarung tangan dan bersenjatakan dua pucuk pistol and sebilah parang. Seorang lagi subahat menunggu rakan-rakannya di dalam kereta yang terletak berhampiran bank," kata Encik Wong.

"Seorang perompak mengacukan pistolnya ke arah salah seorang juruwang kami. Manakala seorang lagi mengutip wang yang ada dan meletaknya ke dalam beg kain", katanya . Kesemua perompak itu berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang berwarna putih.

Polis minta kerjasama dari orang ramai dengan menyalurkan maklumat dengan segera kepada pihak berkuasa bagi mengesan suspek-suspek yang terlibat.